Monday, July 6, 2009

~peningkatan taraf hidup~


Alhamdulillah..

aku bersyukur sgt2 dipertemukan dgn seorang insan yg bakal merubah kehidupan kami sekeluarga..dan aku rasekan inilah saatnya setelah sekian lama aku n hubby cuba berusaha mencari cara bagi meningkatkan taraf kehidupan kami..

hari berganti hari, zaman makin meniti arus pemodenan, anak semakin membesar & tidak dapat dipastikan lg bagaimana keadaan ekonomi pd masa mereka membesar kelak..

Tapi aku percaya, asalkan kita mmpunyai keazaman yang tinggi dan sanggup utk berubah seiring dengan pengorbanan, insyaAllah rezeki itu pasti ada..


Seperti yang termaktub di dlm Al-Quran, 9/10 daripada rezeki dtgnya dari berniaga, kerana itu jugalah aku n hubby nekad walau apa pun tetap akan kami usahakan. Walaupun kami seringkali menemui kegagalan, tapi naluri kami kuat merasakan bahawa kali ini ianya bakal benar2 merubah hidup kami. Utk berjaya ianya sgt menuntut pengorbanan, spt kami sendiri kini tiada lg tv, movie, majalah, masa santai, masa kenduri, masa tidur yg selesa dan yg amat memeritkan lg tiada masa lebih utk bersama Fatin. Namun begitu, aku bersyukur kerana emak dan abah amat memahami dan merekalah yg menjaga Fatin sepanjg ketiadaan kami dek kerana kesibukan perniagaan yg baru shj kami mulakan ini. "Terima kasih emak, terima kasih abah...pengorbanan abah n emak x dpt kite balas..". Si anak pula seakan-akan mengerti yang mama n babah sedang gigih mencari rezeki dan tidak meminta yang lebih2.."Manja, mama minta maaf, kini mama n babah x dpt luangkan masa yg byk utk awak..tp percayalah mama n babah buat ni semua utk masa depan awak (ish3 nk melalak lak aku rase)..insyaAllah hidup kita sekeluarga bakal berubah ye sayang..."


Aku juga memohon kpd Allah S.W.T agar usaha kami suami isteri dipermudahkan dan diredhai-Nya...semoga kali ini ada sinar kecemerlangan utk kami...InsyaAllah...